Harinie dyra nak share sikit cara mengatasi pasangan yang sedang marah...Yaa seperti yang kita lihat..sesebuah perhubungan itu tak sah kalau tak ada perselisihan faham dan bergaduh antara satu sama lain..lumrah kehidupan manusia tiada sorang pon yang sempurna :) sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan :)
Dalam membina perhubungan yang sempurna bukanlah mudah. Ada naik turunnya. Bergaduh dan bermasam muka sudah jadi perkara normal bagi pasangan bercinta. Tetapi, apa perkara
yang sepatutnya dilakukan jika pasanganmu sedang marah? Hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Ambillah langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga hubungan baik.
yang sepatutnya dilakukan jika pasanganmu sedang marah? Hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Ambillah langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga hubungan baik.
1. Beri ruang
Apabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab , perkara yang terbaik adalah dengan memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri . Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi ! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya. Faham tu ??
2. Bertanyakan apa yang menganggu fikiran
Setelah segalanya reda , ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan . Komunikasi adalah penting ! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah. Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi . Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.
3. Api amarah jangan dibalas dengan api
Api dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya ! Walau bagaimana marah sekali pun si dia , janganlah dibalas dengan perasaan marah . Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar !! Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya , pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit.
4. Layan dengan baik
Perasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara 'non-verbal' boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia . Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya.
5. Mengaku kesalahan anda jika berbuat salah
Jika anda melakukan kesalahan , cepat-cepat mengaku kesalahan anda dan memint maaf sebelum pasangan anda naik angin gila . Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan , jika si dia nak marah lagi , sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda.
Apa pun yang Anda rasakan saat bertengkar, jangan pernah sekali pun mengeluarkan ungkapan benci. Apalagi jika sebenarnya Anda tidak bermaksud seperti yang Anda katakan. Ungkapan seperti, “Aku benci kalau kamu bersikap seperti itu”, akan lebih enak didengar dibandingkan “Aku benci padamu”.
Mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja.
So itu serba sedikit yang dyra nak share :) yaa kesabaran tu teramatlah penting dalam sesuatu perhubungan..salah sorang kena lah mengalah and kalau dua2 keras kepala alamatnyaaaaa meletop la dunia hee :) renung2 kan dan selamat mencuba :) heee
- time ni hangout wif family n baby riz :) macam mak dengan anak kan hehe -
No comments:
Post a Comment