Nama di beri Nornadira binti Badawi , Berumur 20 tahun , Serendah Rawang Selangor :)
Wednesday, 17 April 2013
Tips Menjaga Perhubungan :)
Semua manusia akan merasa apa itu CINTA. Tetapi nak menjaga perhubungan itu sangat susah. Memerlukan kesetiaan,kesabaran,kejujuran dari kedua dua pasangan dan sebagainya..Ada yang bercinta bertahun tahun tapi akhirnya berkahwin dengan orang lain jugak. Jodoh itu rahsia, hanya yang di atas sahaja yang tahu segala galanya. Percintaan jarak jauh? mungkin ramai yang melalui atau pernah menghadapi percintaan jarak jauh ini, bukan mudah menghadapi situasi sebegini, banyak dugaan yang terpaksa di lalui..almaklumlah, sorang di utara dan sorang di selatan kan, hanya telefon menghubungkan mereka.
Antara Tips yang aku rasa boleh di guna pakai adalah jeng jeng jeng :)
1. Kesetiaan
Haa SETIA,,alaa Setia Hujung Nyawa tu hee :) kesetiaan adalah perkara yang paling penting dalam sebuah perhubungan itu, kalau tak setia,,hmm tak tahu nak cakap apa larh kan. well zaman sekarang ramai yang bercinta jarak jauh,tapi malang nya jarak dekat ada Scandal opsss..Biasalah tu kan, lumrah kehidupan. So berterus terang la dengan pasangan anda jika ada masalah or apa2 yang anda tidak puas hati,buat berbincang okayh :)
2. Kejujuran
Jujur lah padaku,bila kau tak lagi cinta,tinggalkanlah aku,bila tak mungkin bersama...ehhh nyanyi pulak..hee Jujur,yupz jujur itu penting ye kawan2..Sebab kalau dua2 tak jujur,di situ akan mula penipuan antara dua pihak,yang tu cakap lain, yang ni cakapa lain..haaaa and then bermula episod duka dan lara. Sebaliknya berlaku jujurlah kepada pasangan anda, tak rugi mana pon, anda juga yang untung kan :)
3. Sayang menyayangi
Sayang menyayangi..love each other, wahhh romantik gitu hehe :) kalau kita sayangkan seseorang itu,kita takkan buat dia sedih,menangis siang dan malam,sebab bila hati kita dah sayang kat seseorang itu,hati dia hati kita,hati kita hati dia...So banyakkanlah buat suprise pada pasangan anda supaya dia rasa yang diri dia sangat di hargai :) bagilah bunga ke, coklat ke, suruh dia masak ke hee :) sebab pengikat kasih sayang ialah masakan.bagi yg dah kahwin,orang cakap air tangan isteri tu lah penambat hati suami :)
4. Berfikiran Terbuka
Open minded bak kata orang putihnyaaa, orang melayu cakap sporting..Haa benda ni snagat penting,kalau asyik serius je dalam life susah jugak.so so so boring kan...jika pasangan anda mempunyai masalah,cuba dengar masalah n try beri pendapat, and if jika pasangan anda membuat salah,jangan terlampau menghukum kerana setiap manusia pernah melakukan kesilapan,,tidak ada sesiapa pon yang perfect di muka bumi ini. So berfikira terbuka la sikit okayh :)
5. Ketepikan ego
Ego Ego Ego..setiap manusia ada perasaan ego cuma banyak n sikit sahaja, dalam perhubungan ni, kalau boleh rendahkanlahh ego tu,kalau boleh bagi seimbangkan..kalau ego sangat,,nanti melepas baru padan muka kan,,sendiri masuk angin keluar asap.
6. Jangan sesekali ungkit kisah lama
Mungkin banyak peristiwa yang sedih berlaku sebelum ini,mungkin dalam hubungan tu korang banyak gadoh2 manja gitu,ataupun gadoh2 ganas ke opsss hee. kalau boleh janganlah di ungkit semua itu,yang berlalu biarkan berlalu,bukak buku baru, pandang ke hadapan,jangan pandang ke belakang,kalau pandang kebelakang tak nampak ,n jatuh padan muka,,sakit ohh,tapi lagi sakit kalau sakit dalam hati ni, jatuh biasa ada ubatnya, kalau hati sakit,susah nak ubatkan ohh,,faham2 sendiri lah okayh :)
Anyway banyak lagi sebenar nyaaa, tapi ini je yang mampu eden taip, hee :) so korang..pucuk pangkal diri sendiri, kalau korang nak relationship korang tahan lama, amalkan lah apa yg di atas tu, ingat..jagalah hati pasangan anda baik2 okayh :)
Posing ala ala ikan duyung hehe :p padahal sebenarnyaatime ni dah penat snagat ni hehuhehu :)
Kepenatan berjogging..hee memang la kan jogging pakai selipar hehe nampak benar tipunyaaa hehe :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment