*renung2 kan cerita ini dah moga diambil iktibar :)
* sediakan tisu secukupnya okayh hehe :)
"Aku nak ajar freshie tahun ni cukup - cukup!". Kata - kataku itu disambut dengan sorakan rakan - rakanku. Kami memang satu kepala. Nakal sama - sama, kantoi sama - sama. Spm yang tinggal beberapa bulan lagi kami buat endah tak endah. Bagi kami, apa salahnya tahun akhir di sekolah!
"Hey, budak sini kau!" Panggil aku kepada budak form 1 yang kelihatan takut - takut. Rakan - rakanku hanya sekadar memerhati terhormat.
" Nama.......!?"
"Er.....a..a...Amirul.."
" Takde bapak?" . pertanyaan kasarku itu disambut gelak ketawa rakan - rakanku.
" Amirul Hisyam bin Samad, " kulihat mukanya menjadi mendung, seakan - akan mahu menangis.
" Lah...yang kau nak nangis ni kenapa??. Hey, ingat rule ni sampai bila - bila, senior cukup benci dengan junior yang mengada - ngada dan report, faham??"
Dia hanya mengangguk lemah. Hati aku masih belum puas.
" Ulang apa yang aku cakap tadi dengan kuat sambil tawaf satu blok," perintahku.
Dalam keterpaksaan, dia menuruti. Mukanya merah ketika meneriakkan kata - kataku tadi. Almaklumlah, semua mata memandang dan tertumpu ke arahnya.
Beberapa hari selepas itu aku nampak Amirul lagi, hatiku bagai digeletek untuk menderanya lagi.
" Woiiii! "
Dia memandangku, kemudian menoleh ke belakang.
" Eh, kaulah..!! yang kau pergi pandang orang lain tu apa hal, " suaraku meninggi menyebabkan dia mepercepat arahnya ke arahku.
" Er...Assalamualaikum, bang."
" Haa, Waalaikumsalam. Ni, aku nak bagi tugas pertama kat kau untuk hari ini. Pergi naik dorm, tepi katil aku ada dua baldi, kau pergi cuci ba..."
" tapi bang saya ada hal penting ni," pintasnya
" Woi, aku tak habis cakap lagi. Ooo..berani potong cakap aku ye, " tengkingku.
" Er...a...Maaf bang!"
" Dah, pergi buat yang aku suruh tadi. Esok, yang disidai, diangkat, dilipat dan diletakkan di atas katil aku. Berus dan sabun sendirian berhad. Lagi satu, aku nak beritahu rule yang kedua, bila senior kasi kerja, jangan tarik muka dan lakukan dengan ikhlas tanpa banyak soal, faham! "
" Baik bang. " Aku melihat langkahnya sehingga badannya hilang di sebalik bangunan.
" Arghhh...!! " tempikku itu mengejutkan ahli sekamarku.
" Woi, apasal ni!" rakanku, Yeop menegur dan marah kerana menggangu tidur petangnya itu.
" Mana budak tu..! mana..?! Woi, kau tolong panggil budak Amirul tu,,kurang ajar...!!!"
Kemarahanku tidak dapat dibendung lagi. Mana taknya, baju aku langsung tak disentuhnya.
Petang itu, teruk Amirul dijerkahku. Rakan - rakan yang lain turut memarahinya dan mengapi - apikan aku. Akhirnya, tanpa berfikir panjang aku menumbuk perutnya dengan kuat. Serentak itu dia tersungkur dengan kuat. Aku ingin menghadiahkan satu sepakan pula. Tapi rakanku, Mat Pie segera menghalang.
" Woi,, ko nak budak tu mampus ke?! Sakit giler tu..!
Akhirnya aku dan rakan - rakanku meninggalkan Amirul yang tercungap - cungap memegang perutnya. rasakan...
Selepas peristiwa itu aku sering menjadikan Amirul sasaranku walaupun kesalahanya amat kecil. aku cukup geram mengenangkan peristiwa itu kerana belum pernah junior yang berani mengingkari perintahku. Setiap kali aku ternampak Amirul, aku pasti menyuruh yang bukan - bukan sehinggalah pada suatu hari....
" Wei, ada budak jatuh kat bilik air!! " rakanku Yeop memberitahuku.
" Pastu..? " jawab aku acuh tak acuh.
" Tapi ni Amirul la, kan kau yang suruh dia basuh baju kau tadi. baik kau pergi tengok!! " bentaknya.
Dengan malasnya, aku membuntui juga Yeop ke bilik air. Di situ, sudah ramai orang yang mengerumuni. dalam fikiranku, tercetus persoalan, Serius sangat ke sampai warden pun datang?? "
Sudah beberapa hari aku tidak nampak Amirul. Menurut Yeop dia dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, aku berasa tidak sedap hati kerana ini semua berpunca daripada aku yang mengarah dia membasuh baju walaupun riak wajahnya menunjukkan keberatan. Tapi, akhirnya begitu cepat aku melupakan kerana sibuk dengan aktiviti harian dan latihan bola sepakku.
Damn!! Ini merupakan tamparan hebat bagiku. Baru sebentar tadi , semasa perhimpunan, pengetua memberitahu seorang pelajar meninggal dunia setelah pihak hospital menelefon sekolah. Aku berasa tidak keruan. Mungkinkah Amirul?. Selesai perhimpunan, Yeop meluru ke arahku. Mukanya pucat. Dia menghulurkan sepucuk surat kepada aku. Dia tidak berkata apa- apa, Cuma merenungku dengan penuh makna, Aku berdebar - debar. Apabila melihat nama pengirimnya, hati aku bagai disiat -siat . Tangan dan bibirku menggeletar apabila membaca surat itu:
" Assalamualaikum buat Abang Ashraf. Maafkan Amirul sekiranya Amirul menganggu abang dengan surat ini. Mungkin, selepas ini Amirul tidak mempunyai banyak masa lagi untuk memberitahu abnag perkara sebenarnya.
Untuk pengetahuan abang, Amirul sebernanya sudah lama menghidap penyakit kanser perut. Amirul tidak mampu menahan kesakitan ketika Amirul ditumbuk dulu dan bukannya Amirul tidak mahu membasuh baju abang. Pada hari itu, Amirul mesti menelefon keluarga Amirul kerana ibu Anirul sakit tenat. buakn Amirul hendak memohon simpati abang, cuma harap abang memahami dan memaafkan kesalahan Amirul. Maafkan Amirul, abang!
Ingat lagi pada hari pertama, ketika Amirul hampir - hampir menangis apabila abang mengutarakan pertanyaan tentang ayah Amirul. Sebernanya Amirul anak yatim, abang. Ayah Amirul sudah lama meninggal dunia. Keluarga Amirul orang susah, sebab itulah ibu Airul sedang sakit kerana bekerja terlampau kuat.
Hati Ashraf bagai dientap. Tubuhnya menggigil menahan sebak. Namun digagahi juga membaca isi hati yang berikutnya.
" Pada hari terakhir Amirul di sekolah, Amirul tidak sedar siapa yang mengusung Amirul. Yang Amirul tahu, dada Amirul sesak dan perut Amirul amat sakit. Sebab itulah Amirul tidak dapat menyempurnakan tugasan yang abang berikan kepada Amirul. Maafkan Amirul, abang!
Amirul harap, abang gunakanlah kesempatan yang masih ada ini untuk belajar dengan tekun untuk SPM tahun ini. Jangan contohi Amirul yang tidak sempat membalas segala jasa dan budi ibu bapa Amirul. Hidup di dunia ini tidak tahu bila ajalnya. Amirul doakan semoga abang berjaya dalam hidup. Maafkan Amirul atas segalanya. Jika tidak ketemu lagi, doakan Amirul mendapat keredhaanNYA di sana.
yang ikhlas,
Amirul
Ashraf terjelepok selepas membaca surat itu. perasaan sebak bertubi - tubi menerjah masuk ke dada dan hatinya. Tanpa menghiraukan persekitaranyya, dia menangis semahu - mahunya.
"Innalillahiwainnailaihirajiun....
Maafkan abang, Amirul!!!!!!!!!!!!!!!
* Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " tidaklah itu dikatakan beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
- Tamat -
:) - Dyra Badawi -
No comments:
Post a Comment