Thursday, 27 December 2012

Mencari Sinar Kebahagiaan


Tak semua apew yg kita nak kita akan dapat. Ada benda atau sesuatu perkara yang terpaksa kita lepaskan untuk kebaikan semua pihak.  Yes, semua manusia pernah bercinta. Antara kekal dan kecundang di tengah jalan. bagi dyra, bila kita dah sayang seseorang itu, memang susah dan sukar untuk kita lupakan. Setiap hari mahupun setiap saat kita mesti akan teringat dekat dia jew. bak kata orang makan tak kenyang dan mandi tak basah :) pepatah orang2 senior la katakan ehhe :). Hari - hari kita lalui dengan hari yang suram, moddy dan sebagainya. Tapi, cuba kita pikir,sambil bila kita nak jadi macam ni. Mengharapkan pada sesuatu yang belum tentu akan menjadi milik kita.Kita sedih kat sini,,mungkin dye dekat sana tengah gembira..tak adil kan macam tu.


Bagi dyra, yang paling penting sekali, kita kena selalu berdoa..hanya dengan cara itu sahaja yang boleh menenangkan jiwa dan raga kita nie. Mintak pertolongan kepada yang di atas sana..hanya dia sahaja yang tahu segala - galaNYA. Jodoh ajal maut semua di tangan tuhan..

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..mungkin allah nak jodohkan kita dengan seseorang yang boleh menjadi imam dan membimbing kita hingga akhir hayat,,insyaallah,,jodoh itu akan datang,,cuma cepat atau lambat sahaja :)



Tadi cari2 jat google,,jumpa surah ni..sedara dyra pernah bgtaw dyra, dye kata dye pernah amalkan surah ni. alhamdulillah berkesan..tapi pucuk pangkal diri kita sendiri sebernanya :)
sebagai ilmu  kita bersama :)


Berdoalah...hanya itu saja cara untuk menenangkan hati kita,,.moga satu hari nanty kita akan jumpa dengan seseorang yang bakal menjadi imam kita di dunia dan di akhirat,,insyaallah :)

- Dyra Badawi - 

Tuesday, 25 December 2012

Jalan - Jalan Makan Angin 

Entry kali nie nak cerita pasal makan angin...hehe well bila diri dah di gelar sebagai seorang student..tak sah kalaw tak merayap and berjalan..Bila masa sibuk dengan kelas, assignment sana sini..cuba bayangkan dalam satu hari tu adew quiz, test, n presentation..Bayangkan terpaksa buat semua tu dalam satu hari,,,ya allah hanya tuhan jew yang tahu mcm mana rasanyew..tapi semua tu cabaran dalam hidup sebagai seorang student :) 

Nak dijadikan cerita, satu hari tu memang kami sangat bz ,,lepas abez presentation semua,,tengah2 lepak minum n makan kat kedai makan,,adew classmate dyra nama dia farhana jasman ajak g jalan2..kami pon dengan stress n pening kepala satu hari memerah otak,,so kami pon setuju la ..bincang punya bincang..diowang nak naik genting time tu..muka dyra, iqa n fiza dah lain..what? naik genting malam2..giler ape hehe...lepas di pujuk semua..so kami pon setuju la..sewa kereta semua..hehe dyra ingat lagi kawan dyra, fiza ckp ehh sebelum pergy kita baca yassin dulu la,,untuk keselamatan,,so kami pon sebelum pergy overnight,,solat n baca yassin semua..bagi perjalanan kami di berkati dan selamat hehe...

Tepat pkol 12:30 malam..kami pon bergerak menaiki kereta yang telah kami sewa,, kami pergy  3 kereta dan akhirnya selamat tiba di genting highlands,,dah la time tu sejuk yang amat sangat huhu..serius sangat sejuk..:) dengan kabus tebal lagy,,fuhhh..sampai ke tulang rasanya hee :)





Sampai2 sana jew semua mcm ayam lepas dari kandang hehe...tapi sebab kami g malam..so x dew papew dah..semua tempat tutup..tempat yg kami tuju ialah mcd genting hehe :p






Jalan2 nyew jalan..dah pkol 3 pagi..so kami amik keputusan untuk balik :) masa dalam perjalanan balik tu,,adew satu hal kecik heeh tetibe kereta kawan dyra iaitu yana rosak,,so kami pon berhenty la kat tepi jalan..lama2 lepas repair akhirnya boleh start,,fuhh takut jugak la time tu ,,hehe mana tak nya,,dah pagi kot time tu huhu,,naseb kereta dah ok :)

Ni gambar2 kenangan bersama mereka2 yg sangat sporting :) 




sweet kan pasangan merpati 2 sejoli ni hehe 



Dan akhir sekali,,siapakah ini? hehe yg warna biru tu hee :)

balik2 ostel jew semua topap tdow sebab seharian tak tido..lagipun time tu seharian tak dew kelas..so apew lagi,,masing2 dengan mimpi masing2 hehe...:) papew pon memang best sangat,,bukan senang nak dapat kenangan ngn kawan2 mcm ni,,Mama ckp time belajar la time kita nak melancong,,:)

Okaylah..sampai di sini sahaja,,kita jumpa di cerita yang akan datang...assalamualaikum :)

- Dyra Badawi -






Menjadi Seorang Babysitter

Assalamualaikum..Cuty seminggu ni ramai kengkawan dyra yang pergi berjalan, holiday semua,best jew,, tapi dyra, cuty seminggu ni menjadi babysitter terhormat untuk anak buah dyra yang paling kecik nie..Nama dia Mohamad Rizqullah :) Comel kan..Mata dia mcm kartun,,kecik n bulat,,dyra selalu panggil dye karton hehe :p 

Dyra memang suka sangat budak2..sebab diowng ni comel sangat,..So cuty seminggu ni kena lah jaga si budak kecik ni,,lagi2 sekarang dye dah pandai meniarap,,asyik nak meniarap jew hehe

                                                sungguh indah ciptaan tuhan kan :)




hehe comel kan? mata macam karton hehe..Baby Riz ni anak buah dyra yg ke 9..insyaallah bulan Mac 2013 nanty dapat lagy sorang anak buah :) Asyik dengan anak buah,,hai bila lah nak timang anak sendiri hehe,,ohh perjalanan hidup dyra masih jauh lagy,,insyaallah one day masa nya akan tiba jugak :) 

- Dyra Badawi -
Ada Apa Dengan Cinta :) 

Ada apa dengan cinta? heee..tak tahu la kenapa kali ni rasa mcm nak cakap pasal cinta winkk wink :) bagi dyra..cinta yang paling agung ialah cinta diantara kita dengan Allah s.w.t.  .Manusia dan cinta tak dapat di pisahkan.,Bila cakap pasal cinta memang makna dia sangat meluas dan subjektif. Cinta antara kita dengan Allah s.w.t , cinta antara kita dengan kedua ibu bapa kita, cinta antara adik abang dan kakak,,dan cinta kepada sang kekasih..

Setiap orang tahu apa itu cinta,,cinta datang dari hati turun ke jiwa maka jadilah kasih sayang :) kadang2 dengan cinta ni jugak lah boleh jadikan kita berduka setiap masa,,bercinta memang semuanyew indah belaka,,tetapi bila dah sakit..hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu..

Bagi dyra, nak bercinta tak salah, sebab manusia dan cinta memang tak dapat di pisahkan..tetapi adew batasnya :) pandai2 lah kita menjaganya..Yang paling penting kita kena fokus dengan kerjaya kita dahulu :) 


Dyra berharap sangat one day dyra akan bertemu bakal suami aka Imam dalam hidup dyra yang boleh membimbing dyra ke arah jalan yang benar, yang boleh beri dyra kasih sayang, yang lindungi dyra dan macam2 lagi,,kita hanya mampu merancang..tapi yg menentukan semuanya adalah yang di atas sana :) insyaallah mudah mudahan :)


- Dyra Badawi -

Sunday, 23 December 2012

Meatball 

Meatball...nyumm nyumm..dengar bunyi pon dah rasa laparkan..hehe..meatball ni adalah salah satu makanan kegemaran dyra :) serius sedap sangat2...nak jumpa meatball yang sedap memang susah sikit..tapi meatball ikea ni memang tadew lawannyew..serius sedap giler :) selalu kalaw pegy ikea..tak sah kalaw tak makan meatball dye..tapi time nak beli tu kena sabar sikit sebab memang beratur panjang sangat2..almaklumlah...makanan n tempat makan yang sedap mesty ramai orang kan :) ..so kepada sesiapa yg belum cuba lagy..try lah makan :) mesty nak tambah lagy :) 


                      
                                        menyelerakan kan? nyumm nyumm :)

                                                    
                                                    Bersama Cik Pah a.k.a cik pooh :)




Sedap kan? tetiba rasa lapar pulak hehe...okaylah..sampai di sini sahaja,,entry akan datang pon nak cerita pasal makanan jugak :) jalan jalan cari makan gitu hehe,,,ok,,,assalamualaikum...

- Dyra Badawi -

Masihkah Ada Sinar
 *renung2 kan cerita ini dah moga diambil iktibar :) 
 * sediakan tisu secukupnya okayh hehe :) 


"Aku nak ajar freshie tahun ni cukup - cukup!".  Kata - kataku itu disambut dengan sorakan rakan - rakanku.  Kami memang satu kepala.  Nakal sama - sama, kantoi sama - sama.  Spm yang tinggal beberapa bulan lagi kami buat endah tak endah.  Bagi kami, apa salahnya tahun akhir di sekolah!

"Hey, budak sini kau!" Panggil aku kepada budak form 1 yang kelihatan takut - takut. Rakan - rakanku hanya sekadar memerhati terhormat.

" Nama.......!?"

"Er.....a..a...Amirul.."

" Takde bapak?" . pertanyaan kasarku itu disambut gelak ketawa rakan - rakanku.

" Amirul Hisyam bin Samad, " kulihat mukanya menjadi mendung, seakan - akan mahu menangis.

" Lah...yang kau nak nangis ni kenapa??.  Hey, ingat rule ni sampai bila - bila, senior cukup benci dengan junior yang mengada - ngada dan report, faham??"

Dia hanya mengangguk lemah.  Hati aku masih belum puas.

" Ulang apa yang aku cakap tadi dengan kuat sambil tawaf satu blok," perintahku.

Dalam keterpaksaan, dia menuruti. Mukanya merah ketika meneriakkan kata - kataku tadi.  Almaklumlah, semua mata memandang dan tertumpu ke arahnya.

Beberapa hari selepas itu aku nampak Amirul lagi, hatiku bagai digeletek untuk menderanya lagi.

" Woiiii! "

Dia memandangku, kemudian menoleh ke belakang.

" Eh, kaulah..!! yang kau pergi pandang orang lain tu apa hal, " suaraku meninggi menyebabkan dia mepercepat arahnya ke arahku.

" Er...Assalamualaikum, bang."

" Haa, Waalaikumsalam.  Ni, aku nak bagi tugas pertama kat kau untuk hari ini. Pergi naik dorm, tepi katil aku ada dua baldi, kau pergi cuci ba..."

" tapi bang saya ada hal penting ni," pintasnya

" Woi, aku tak habis cakap lagi. Ooo..berani potong cakap aku ye, " tengkingku.

" Er...a...Maaf bang!"

" Dah, pergi buat yang aku suruh tadi.  Esok, yang disidai, diangkat, dilipat dan diletakkan di atas katil aku.  Berus dan sabun sendirian berhad.  Lagi satu, aku nak beritahu rule yang kedua, bila senior kasi kerja, jangan tarik muka dan lakukan dengan ikhlas tanpa banyak soal, faham! "

" Baik bang. " Aku melihat langkahnya sehingga badannya hilang di sebalik bangunan.

" Arghhh...!! " tempikku itu mengejutkan ahli sekamarku.

" Woi, apasal ni!" rakanku, Yeop menegur dan marah kerana menggangu tidur petangnya itu.

" Mana budak tu..! mana..?! Woi, kau tolong panggil budak Amirul tu,,kurang ajar...!!!"

Kemarahanku tidak dapat dibendung lagi.  Mana taknya, baju aku langsung tak disentuhnya.

Petang itu, teruk Amirul dijerkahku.  Rakan - rakan yang lain turut memarahinya dan mengapi - apikan aku.  Akhirnya, tanpa berfikir panjang aku menumbuk perutnya dengan kuat.  Serentak itu dia tersungkur dengan kuat.  Aku ingin  menghadiahkan satu sepakan pula. Tapi rakanku, Mat Pie segera menghalang.

" Woi,, ko nak budak tu mampus ke?!  Sakit giler tu..!

Akhirnya aku dan rakan - rakanku meninggalkan Amirul yang tercungap - cungap memegang perutnya. rasakan...

Selepas peristiwa itu aku sering menjadikan Amirul sasaranku walaupun kesalahanya amat kecil.  aku cukup geram mengenangkan peristiwa itu kerana belum pernah junior yang berani mengingkari perintahku.  Setiap kali aku ternampak Amirul, aku pasti menyuruh yang bukan - bukan sehinggalah pada suatu hari....

" Wei, ada budak jatuh kat bilik air!! " rakanku Yeop memberitahuku.

" Pastu..? " jawab aku acuh tak acuh.

" Tapi ni Amirul la, kan kau yang suruh dia basuh baju kau tadi.  baik kau pergi tengok!! " bentaknya.

Dengan malasnya, aku membuntui juga Yeop ke bilik air.  Di situ, sudah ramai orang yang mengerumuni.  dalam fikiranku, tercetus persoalan, Serius sangat ke sampai warden pun datang?? "

Sudah beberapa hari aku tidak nampak Amirul.  Menurut Yeop dia dimasukkan ke hospital.  Pada mulanya, aku berasa tidak sedap hati kerana ini semua berpunca daripada aku yang mengarah dia membasuh baju walaupun riak wajahnya menunjukkan keberatan. Tapi, akhirnya begitu cepat aku melupakan kerana sibuk dengan aktiviti harian dan latihan bola sepakku.

Damn!! Ini merupakan tamparan hebat bagiku.  Baru sebentar tadi , semasa perhimpunan, pengetua memberitahu seorang pelajar meninggal dunia setelah pihak hospital menelefon sekolah. Aku berasa tidak keruan. Mungkinkah Amirul?. Selesai perhimpunan, Yeop meluru ke arahku. Mukanya pucat.  Dia menghulurkan sepucuk surat kepada aku. Dia tidak berkata apa- apa, Cuma merenungku dengan penuh makna, Aku berdebar - debar. Apabila melihat nama pengirimnya, hati aku bagai disiat -siat . Tangan dan bibirku menggeletar apabila membaca surat itu:

" Assalamualaikum buat Abang Ashraf. Maafkan Amirul sekiranya Amirul menganggu abang dengan surat ini. Mungkin, selepas ini Amirul tidak mempunyai banyak masa lagi untuk memberitahu abnag perkara sebenarnya.

Untuk pengetahuan abang, Amirul sebernanya sudah lama menghidap penyakit kanser perut. Amirul tidak mampu menahan kesakitan ketika Amirul ditumbuk dulu dan bukannya Amirul tidak mahu membasuh baju abang.  Pada hari itu, Amirul mesti menelefon keluarga Amirul kerana ibu Anirul sakit tenat. buakn Amirul hendak memohon simpati abang, cuma harap abang memahami dan memaafkan kesalahan Amirul. Maafkan Amirul, abang!

Ingat lagi pada hari pertama, ketika Amirul hampir - hampir menangis apabila abang mengutarakan pertanyaan tentang ayah Amirul. Sebernanya Amirul anak yatim, abang. Ayah Amirul sudah lama meninggal dunia. Keluarga Amirul orang susah, sebab itulah ibu Airul sedang sakit kerana bekerja terlampau kuat.

Hati Ashraf bagai dientap. Tubuhnya menggigil menahan sebak. Namun digagahi juga membaca isi hati yang berikutnya.

" Pada hari terakhir Amirul di sekolah, Amirul tidak sedar siapa yang mengusung Amirul. Yang Amirul tahu, dada Amirul sesak dan perut Amirul amat sakit. Sebab itulah Amirul tidak dapat menyempurnakan tugasan yang abang berikan kepada Amirul. Maafkan Amirul, abang!

Amirul harap, abang gunakanlah kesempatan yang masih ada ini untuk belajar dengan tekun untuk SPM tahun ini. Jangan contohi Amirul yang tidak sempat membalas segala jasa dan budi ibu bapa Amirul. Hidup di dunia ini tidak tahu bila ajalnya. Amirul doakan semoga abang berjaya dalam hidup. Maafkan Amirul atas segalanya. Jika tidak ketemu lagi, doakan Amirul mendapat keredhaanNYA di sana.

yang ikhlas,

Amirul

Ashraf terjelepok selepas membaca surat itu. perasaan sebak bertubi - tubi menerjah masuk ke dada dan hatinya. Tanpa menghiraukan persekitaranyya, dia menangis semahu - mahunya.

"Innalillahiwainnailaihirajiun....

Maafkan abang, Amirul!!!!!!!!!!!!!!! 

 * Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " tidaklah itu dikatakan beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

- Tamat -

:)  - Dyra Badawi -

Saturday, 22 December 2012

Hargai Sebaiknya


Perjalanan hidup kita ini ada pasang surutnya.  Sekejap kita berada di atas dan sekejap kita berada di bawah.  Setiap keceriaan terselit kedukaan .  Tiada siapa pun yang akan tahu apew yang akan berlaku selepas ini melainkan dia yang ada di atas sana.  Siapa kita untuk melawan takdirnya. Manusia, tak  dapat lari dari melakukan kesilapan. semua orang pernah melakukan kesilapan di dunia ini..

Hargai mereka yg berada di depan mata anda,,jangan bila dah tak ada baru nak menyesal,menangis n mcm2 lagy..peluang hanya datang sekali..jika kita sia siakan peluang yang adew di depan mata..tak mungkin peluang itu akan datang balik kepada kita..kalaw ianya datang balik,mungkin itu satu anugerah,,kalaw tidak..anggap sahaja sudah suratan dan takdir darinya ..terimalah dengan haty yang terbuka..insyaallah one day kita akan dapat yg lebih baik lagy..mudah mudahan...renung2 kan dan selamat beramal :)

- dyra badawi - 
Roomate Tercinta



Mencari seorang sahabat yang betul2 boleh ngam dengan perangai kita memang tersangatlah susah. Hanya segelintir sahaja yang akan jumpa sahabat yg boleh dikatakan teman sampai akhir hayat :)..Bagi diriku, dipertemukan dengan 3 orang sahabat yg mula2 nye ku sangka kan sombong akhirnyew menjadi sahabat ku yang boleh di katakan sebahagian daripada keluargaku :)

Walaupun kami berlainan keluarga..tapi boleh di katakan kami ni dah mcm adik beradik,,kalaw x dew di antara salah sorang daripada kami.mesti rasa lain jew..rasa x cukup WOW la katakan hehe :) 

Pertama kali ku menjejak kan kaki ke hostel..dyra berjumpa dengan seorang sahabat yang berasal daripada jerantut pahang...Nama dia Nurul Atiqah binti Abdul Aziz :) seorang yang tinggi n berdahi jendul hehe ( guraw jew ok ) ala2 nora danish la..katanya hehe..tapi mula2 dyra nampak muka dye, adew iras2 muka kak shila amzah sikit hehe,,kalaw dye tahu dyra dok puji dye ni, mesty senyum dye sampai ke telinga ni..lepastu mesty muka dye merah sebab malu hee :) iqa atau nama panggilan manja di kalangan kami, kami panggil dye To oi..dye ni paling kertua dalam roomate kami sebab tua setahun jew pon tapi perangai sama jew mcm kitaowng semua :) to oi ni dalam diam dye adew bakat terpendam iaitu suka buat lawak yg x taw nak ckp mcm mana..dia baru nak bersuara,orang dah gelak dulu,sedangkan dye x ckp papew lagy hehe..Doakanlah moga one day nnty dye dapat menjadi seorang pelawak yang terkenal hehe,,

Yang ke 2 ialah orang yang kedua ku bertemu semasa hari pertama menjejak kan kaki ke hostel yg indah itu hehe :p Syarifah Nurulhafizah binti Hadzarmi atau nama panggilan kami panggil cik pah jew,,:) cik pah pon asal dye dari pahang jugak,,,geng pahang la ni sama ngn to oi ...cik pah ni dye duduk dekat temerloh :) orang pahang oii hehe :p first time jumpa cik pah,,nmpk dye pendiam..dyra pulak yg bnyk cakap tak henti2 sebab mula2 nmpk dye mcm senyap jew,,last2 dah kenal..haaa amik kaw hehe..bnyk cakap rupanyew minah ni hehe..bergurau jgn ckp la..memang number one..suka sangat kenakan orng hehe

Dan yang paling last sekali ialah artis bolywood di datang kan khas dari segambut hehe :) Aeisyah Afikah binti Abd Rahim :) nama pon dah mcm artis kan hehe :) perkenalan dengan si artis bolywood ni lain sikit,..kenal time dalam surau nak solat berjemaah solat subuh hehe,,berkat kan perkenalan dalam surau, perkataan pertama dye tegur kat kami, eh awak,,rapat sini sikit :)  hehe,,dari start situ kami kenal n dye ni terlalu suka sangat dengan kartun patrik dye tu hehe :p dye kata patrik comel perut buncit hehe,,dye ni pon kami panggil kedish,patriik n kajol..nak tahu kenapa kajol? sebab muka dye mcm kajol hehe..kajol segambut mehh ehhe ..hari2 dapat autograf dari kajol segambut hee :p

                                                                  -  Iqa Aziz -

                                                                    -  Fiza Hadzarmi  -

                                                                    -  Fika Rahim -

Mereka bertiga ni sangat lah sporting n otak giler2...alhamdulillah,,bersyukur sangat kerana dipertemukan dngan mereka semua..serius kalaw duduk dengan mereka bertiga ni memang asyik nak gelak jew,kata orng kalaw asyik gelak n hepy, muka akan awet muda..kalaw rasa nak muka awet muda,,jumpa lah mereka2 ni hehe ..okay malaz nak puji diowang lebih2 kang diowang ni perasan la pulak,,hehe..pape pon korang dah mcm sebahagian dari hdupku..cehhh ayat hehe,,harap sangat x lupa kat kita,,well dah siap merancang dah kan nak jododhkan anak kita bila nnty kita dah kahwin n dapat anak haha :p sudah merepek ni,,okaylah,..jumpa di warkah yg lain..assalamualaikum :)
- Dyra Badawi -